Language
EN | MS |

TENAcity
TENAcity adalah hasil dari semangat mendalam untuk memperkasakan warga emas agar menjadi peneraju dalam active ageing dan merangkul keceriaan pada usia emas mereka. Perjalanan muzik yang menarik ini bertujuan untuk menghidupkan semangat nostalgia dan mencipta pengalaman yang sukar dilupakan bagi anggota kumpulan muzik mahupun para penonton. Dengan lagu-lagu ikonik dari zaman keemasan tahun 60-an hingga 80-an, penampilan TENAcity akan memberi kesan yang bermakna kepada populasi warga emas, membangkitkan kenangan indah dan semangat mereka.​

Nama 'TENAcity' memiliki makna yang mendalam, ia menggabungkan nama 'TENA', yang mewakili komitmen TENA terhadap kecemerlangan dan sokongan terhadap warga emas. 'City' pula melambangkan kepelbagaian tempat yang akan dijelajahi oleh kumpulan muzik ini dalam konsert mereka di seluruh Malaysia. Namun, aspek sejati terletak pada perkataan 'tenacity' itu sendiri, mencerminkan ketekunan, kegigihan, dan tekad yang tidak mudah goyah. Nama ini melambangkan semangat sejati active ageing – azam yang kuat untuk menjalani kehidupan secara maksima, tanpa mengira usia atau batasan fizikal.

Uji bakat TENAcity

Saksikan sedutan Uji Bakat Pencarian Kumpulan TENAcity! Warga Malaysia berusia 50 tahun ke atas dari seluruh negara mempersembahkan bakat muzik mereka kepada panel juri yang terdiri daripada selebriti Reshmonu dan Manbai, untuk memenangi tempat dalam kumpulan TENAcity serta hadiah utama bernilai RM75,000.

Saksikan TENAcity secara langsung

Saksikan TENAcity secara langsung
Lokasi Tarikh
Dewan Besar MBSA, Shah Alam 17 Jun
Dewan PBSM, Ipoh 29 Jul
Atria Shopping Gallery, PJ 2 & 3 Sept
Kuantan Sept (TBC)
Johor Bahru Okt (TBC)

Lebih teruja di semua konsert TENAcity

Alami hari yang penuh keseronokan dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik untuk mencabar minda serta memberi peluang untuk anda membawa pulang hadiah-hadiah menarik!

Warna Mengikut Nombor

Warna Mengikut Nombor

Susun Suai Gambar

Susun Suai Gambar

Kad Memori

Kad Memori

Karom​

Karom​

Catur

Catur

Chairobics

Chairobics

Gim Minda Berirama

Gim Minda Berirama

Bual Bicara: Kesihatan Geriatrik

Bual Bicara: Kesihatan Geriatrik

Regangan Muzikal

Regangan Muzikal

Persembahan Band

Persembahan Band